Apakah perbezaan lampu kalimantang T5, T8 dan T12?
Lampu kalimantang dikategorikan mengikut jumlah kuasa letrik “wattage”, bentuk tiub dan diameter tiub. Huruf “T” pada T5 menunjukkan tiub itu berbentuk tiub (Tubular shape) manakala “5” menujukkan 5/8 inci diameter tiub tersebut. Lain jenis tiub yang ada adalah T8 (8/8 inci = 1 inci) dan T12 (12/8inci = 1.5 inci) tiub).
T12 adalah
tiub kalimantang generasi lama yang menghasilkan cahaya melalui induksi
elektromagnet, yang dianggap sebagai kaedah kurang cekap bagi menghasilkan
cahaya berbanding dengan litar baru berasaskan elektronik. Seperti T5, tiub T8 menghasilkan
cahaya melalui litar elektronik terkini dan boleh didapati dalam standard panjang
2 kaki, 3 kaki, 4 kaki, dan 5 kaki. Walau bagaimanapun, apa yang menjadikan ia berbeza berbanding lampu kalimantang
T5 dan lampu kalimantang T8 adalah pengurangan dramatik pada saiz lampu T5
iaitu 40% lebih kecil daripada lampu T8, tetapi mampu menghasilkan sama
banyak dan sebahagiannya lebih cahaya di kawasan yang lebih kecil.
Dalam erti
kata lain, lebih banyak lampu T8 diperlukan untuk menghasilkan jumlah yang
sama cahaya yang dihasilkan oleh lampu T5 yang memilki hasil cahaya yang tinggi.
Walaupun kos lampu T5 terbaru secara umumnya berada pada kos lebih daripada model T8, akan
tetapi penyelenggaraannya adalah lebih rendah berbanding mentol kalimantang
lain. Ini digabungkan dengan keupayaan lampu T5 untuk menyediakan lebih banyak
cahaya (lumen) daripada lampu lain dan terdapat penjimatan kos dalam jangka masa panjang
ke atas projek-projek komersial dan kediaman anda.
No comments:
Post a Comment